Setiap hari hidup kita ini akan sentiasa diuji dengan macam - macam dugaan. Antara kita terus kuat atau kita terus menyerah dengan takdir. Kadang- kadang kita sebagai hamba akan ada perasaan putus asa , perasaan menyoalkan ujian Allah. Jangan hanya sekecil dugaan yang Allah beri , kita lupa segala nikmat kesenangan yang kita dah perolehi .
Kita selalu dengar orang kata "manusia ini akan diuji saat dia senang". Manusia tidak akan perasan jika diri nya berubah menjadi bongkak dan sombong, lupa keluarga dan adik beradik. SEBAB APA?? sebab dalam hati dia telah tertutup dengan kemewahan yang dia kecapi sekarang. Manusia lupa disaat kita susah siapa yang teguh disisi dan siapa hilang menyepi.
Sabda Nabi SAW maksudnya: "Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah, manakala sedekah kepada keluarga ada dua fadilat iaitu fadilat sedekah dan fadilat silaturrahim"
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Ramai yang bila dilimpahi kemewahan akan pandang rendah dengan adik-beradik yang susah. Rasa mereka ini menyusahkan tapi bila kawan minta tolong kita dengan senang hati memberi pertolongan. KENAPA? sebab kita lupa bahawa adik - beradik dan keluarga tiada galang gantinya. Suami isteri anak kawan semua boleh diganti tapi ibu ayah adik-beradik semua tiada gantinya jika telah dijemput Allah.
Banyak sangat pengajaran dari perkongsian Ustaz Iqbal Zain mengenai adik- beradik.
Diceritakan AlHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak.
Kata alHajjaj: “Bawakan wanita itu ke mari.” Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj.
Kata alHajjaj: “Apa yg menyebabkan kamu menangis?”
Jawab wanita itu: “mereka bertiga yang engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorang lagi saudara kandungku dan seorang lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?”
Simpati dengan wanita tersebut, alHajjaj bersetuju untuk memberi kemaafan kepada salah seorang dari mereka bertiga yang lebih disayangi olehnya.
Kata alHajjaj: “pilihlah mana-mana salah seorang dari mereka bertiga untuk diberikan kemaafan.” AlHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.
Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kepada wanita tersebut, siapakah yang akan dipilihnya untuk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung?
Tiba-tiba wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau:
“AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU.”
Terperanjat alHajjaj… dengan segera beliau bertanya : "kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?"
Jawab wanita itu dengan bijaksana: “Adapun suami itu masih ada.” iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dengan mengahwini lelaki yang lain.
Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi.
Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil untuk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku.”
Sangat besar pengajaran yang kita dapat dari kisah ini. Sebab itu bila kita senang jangan sesekali kita lupakan keluarga dan adik beradik. Jangan utamakan kawan-kawan dulu sebelum keluarga dan adik beradik.. SEBAB APA? sebab hanya keluarga kita sahaja yang pasti akan ada ketika kita jatuh tersungkur. Oleh itu, bantu dulu keluarga kita yang susah baru kita bantu orang lain.
Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang alpa dengan kemewahan dunia.