Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, February 9, 2023

Amalkan Gaya Hidup Sihat Dengan Intermittent Fasting

Assalamualaikum. Hai semua apa kabar? Lama dah kan Kak Chah tak bersiaran. 

Kali ni Kak Chah nak berkongsi dengan semua mengenai Intermittent Fasting atau pun nama glamor IF.  Mesti ramai yang dah dengar tentang IF ni kan. Boleh dikatakan antara cara yang sangat popular sekarang untuk berdiet secara sihat. 


Secara umumnya dan senang faham secara ringkas, IF ni adalah gabungan diantara masa kita perlu berpuasa dan masa untuk kita makan. Masa berpuasa pula adalah lebih lama dari masa untuk makan.

Berapa Window yang ada dalam Intermittent Fasting?



1) Fasting Window

Fasting window ni adalah waktu dimana kita kena berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam dan keatas. Selalunya beginner akan bermula dengan 12 jam dahulu. 

Apabila mereka sudah sesuaikan diri, sedikit demi sedikit mereka akan naik kan masa berpuasa kepada 14 jam, 16 jam, 18 jam dan 20 jam. 

Di dalam waktu berpuasa ni kita masih lagi boleh minum air seperti air kosong, teh kosong, kopi kosong. Semuanya tanpa gula, susu dan krimer. 

Hanya minum sahaja dibenarkan tanpa makan.

2) Eating Window

Eating window ni adalah waktu dimana kita dibenarkan untuk makan.  Haaa mesti semua tak sabar nak tunggu eating window ni kan. Hehehek. 

Walaupun dah masuk waktu makan bukan bermaksud kita boleh makan semuanya sesuka hati. Tidak. Sewaktu dalam eating window ni kita kena kawal juga pemakanan yang kita ambil. 

Pengambilan gula adalah dilarang sama sekali kerana boleh meningkatkan jumlah insulin dalam badan. Tapi bukan bermaksud tak boleh langsung tapi dalam jumlah yang sikit dan terkawal. 

Sewaktu eating window ni kita kena amalkan pemakanan sihat iaitu suku suku separuh. Suku carbohydrate, suku protein dan separuh sayur dan buah. 

Pengambilan kalori yang kita ambil perlu kita kawal untuk mendapatkan gaya hidup sihat. 

Kenapa Ramai Orang Suka Amalkan Intermittent Fasting?


Kalau kita perasan intermittent fasting ni macam dah menjadi trend yang lebih digemari oleh orang yang ingin diet dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. 

Hal ini kerana intermittent fasting ini sangat senang dilakukan dan ianya tidak membebankan.

Kita masih boleh makan apa yang kita nak makan tapi dengan menjaga kalori intake dan juga mencegah makanan yang tidak sihat.

Sebagai contoh seperti gambar dibawah.


Apa Yang Perlu Dielakkan

1) Process Food

2) Gula

3) Trans Fat

4) Refined Starches

5) Sweetened

6) Beverages

Apa Yang Bagus Diambil

1) Kekacang

2) Tofu

3) Avocado

4) Berries

5) Fish and lean

6) Protein

7) Kekal hydrate 


Kebaikan Intermittent Fasting

Terdapat banyak kebaikan apabila kita melakukan intermittent fasting ni tau. Walaupun pada awalnya niat kita nak diet ataupun nak amalkan gaya hidup sihat, tapi dengan mengamalkan intermittent fasting ni banyak membantu improve kesihatan badan kita. 



Antara kebaikan intermittent fasting : 

1) Meningkatkan metabolisma badan

2) Turun berat badan dan senang untuk mengawal berat badan ideal.

3) Mengurangkan keradangan dalam badan.

4) Dapat mencegah pelbagai penyakit berisiko tinggi seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gaot.

5) Memberi tidur yang lebih lena.

6) Mengurangkan stress.

7) Memberi mood yang lebih tenang dan gembira.

8) Menguragkan jerawat

9) Menurunkan tekanan darah.

10) Mengurangkan gula dalam darah.

11) Meningkatkan kepekaan insulin.

12) Mencegah risiko kanser.

Niat hanya untuk diet dan mengamalkan gaya hidup sihat memberi kita 1001 kebaikan yang lain lagi untuk menyambung kehidupan dengan lebih gembira lagi😍

Ok sampai sini dulu perkongsian Kak Chah mengenai Intermittent Fasting ni. Nantikan perkongsian Kak Chah dalam entry seterusnya ya. Jemput menjengah selalu ke blog Kak Chah ok untuk terus mengikuti semua perkongsian dari Kak Chah.

Ingin mencari artikel yang berinformasi mengenai Intermittent Fasting ini lagi? 

Jom lawati entry daripada Kamilah Ibrahim πŸ‘‰πŸ‘‰ Intermittent Fasting

#blogmegashaklee

#shakleethrieve2023

#shakleetriumph2023

#aishahdebeauty


Pengedar Sah Shaklee Subang, Selangor

AISHAH
πŸ“ž : 0177807042
πŸ“¨ : ct.aishahnordin12@gmail.com
insta : aishahhealthbeauty
Fb : Siti Aishah Nordin

Wednesday, September 8, 2021

Jumpa dah Pengganti Zincofer. Tak Larat dah Asik Muntah je

 Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita di post aishah yang terkini. Harini aishah nak share pengalaman hamil anak kedua. memang berbeza sewaktu mengandungkan yusuf dulu. 

 Bila kita dah nak masuk empat bulan nurse akan bagi kita  pil untuk menyokong tumbesaran anak. Klinik desa aishah ni memang ada stock zincofer je. Kalau ubat lain macam obimin ke iberet ke semua kena beli dekat luar.

Jadinya sepanjang mengandungkan yusuf dulu ok je makan zincofer ni. Tapi bila time si yusran ni memang aishah tak boleh telan zincofer ni. Setiap kali makan je mesti rasa nak muntah yang amat. 

Orang cakap makan jangan waktu perut kosongkan tapi aishah makan lepas sarapanpun tak sampai lima minit terus rasa mual yang mabuk teruk tu. Nak terkeluarla semua sisi perut tu.

Ada satu pagi tu memang dah makan zincofer dari rumah. Dalam kereta tu memang menahan je lah rasa nak muntah tu. Sampai je ofis tak sempat naik dah muntah terus lari pergi bilik air awam. Memang rasa taubat nak makan zincofer ni. Bila search memang ramai orang yang kena macam aishah ni.

Jadinya aishah terus fikir apa yang aku nak makan pengganti zincofer ni. Kiranya vitamin semua cukup lengkapla untuk tumbesaran baby ni kan. Sebab aishah ada pengalaman yang tak boleh dilupakan sewaktu mengandungkan si yusuf. Pengalaman ni aishah akan share dengan semua pada entry akan datang ya.😊

Ok so aishah google la cari apa vitamin yang sama macam zincofer in. Cari punya cari aishah pun terjumpa lah tentang Vitalea Shaklee. Vitalea  Shaklee nu adalah multivitamin yang sangat lengkap dan memang bagus untuk ibu hamil consume supaya hb sentiasa cantik.


Aishah nak makan vitalea ni bukan nak main makan je mesti nak kena cari dia betul2 selamat ke tak kan. Yela kita nak masukkan dalam badan so mesti kena kaji betul2. Nak di jadikan cerita bila buat research tu memang vitalea adalah yang terbaik.


Bersumber dari bahan semulajadi seperti kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan organik tanpa segala bahan kimia merbahaya memang sangat mengagumkan. Vitalea ni bukan setakat organik tapi dia beyond organik. Setiap produk yang organik kita kena pastikan juga dia betul2 selamat ke tak untuk dimakan pada jangka masa yang lama.

Jadinya antara sebab yang meyakinkan aishah nak consume vitalea adalah kerana setiap produk shaklee ni ada kajian klinikal dan vitalea ni dihasilkan oleh seorang doktor tau bukan orang biasa2. Vitalea ni adalah vitamin pertama didunia yang dihasilkan oleh Dr Forrest C. Shaklee sendiri.



Vitamin pertama didunia kot sampai ke hari ini. MasyaAllah hebat sangat kuasa Allah telah memberi kebolehan pada Doktor Forrest untuk menghasilkan Vitalea ni. Kini Vitalea sudah diformulakan menjadi capsule tapi semua ingredient dan kualitinya masih sama.

Alhamdulillah selepas je jumpa Vitalea Shaklee ni memang aishah terus consume sepanjang kehamilan kali kedua. Memang tak ada muntah2 macam makan zincofer tu. Amazingly hamil kali ni sampai kawan tegur yang aishah nampak sangat bertenaga tak lesu pun macam hamil yang pertama dulu. 

Aishah pun tak perasan sebenarnya tapi bila difikirkan balik betul apa yang kawan cakap tu. Hamil kali ni memang rasa bertenaga dan tak adalah lemah dan asik rasa nak tidur je. Syukur sangat Allah lorongkan hati untuk cuba Vitalea ni.

So pada sahabat2 diluar sana yang mempunya masalah sama macam aishah bolehla consume Vitalea Shaklee ini tanpa was2 dan ragu2 ya.





Nak dapatkan Vitalea ni boleh je contact aishah terus  ya untuk dapatkan konsultasi dan cara makan yang berkesan.

DAPATKAN SEKARANG !!!!

Pengedar Sah Shaklee Subang, Selangor

AISHAH
πŸ“ž : 0177807042
πŸ“¨ : ct.aishahnordin12@gmail.com
insta : aishahhealthbeauty
Fb : Siti Aishah Nordin


Tuesday, September 8, 2020

Sakit Sendi? Kini tiada lagi dengan SET SENDI SHAKLEE

 Sakit Sendi? Kini tiada lagi dengan SET SENDI SHAKLEE


Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur.

Sebab-Sebab Sakit Send

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

Bagaimana SET SENDI SHAKLEE Membantu Atasi Sakit Sendi


- Anti radang
- Membekalkan kalsium yang cukup untuk tulang
- Membaik pulih minyak pelincir sendi
- Membantu memperbaiki sel
- Melegakan lenguh-lenguh dan sakit-sakit sendi
- Mengelakkan kekejangan
- Memudahkan pembuangan. Tiada lagi sembelit
- Bantu tidur lena
- Membantu kelenturan sendi untuk bergerak
- Memberi tenaga kepada sel untuk membaiki sel-sel yang rosak dan menghasilkan sel-sel yang sihat

Boleh baca post aishah yang sebelum ni tentang ostematrix membantu dalam badan kita.😊
 

Testimoni Pengguna!!!







DAPATKAN SEKARANG !!!!

Pengedar Sah Shaklee Subang, Selangor

AISHAH
πŸ“ž : 0177807042
http://www.wasap.my/60177807042/shaklee
πŸ“¨ : ct.aishahnordin12@gmail.com
insta : aishahhealthbeauty
Fb : Siti Aishah Nordin





Kehebatan Ostematrix Shaklee

 


Kehebatan Ostematrix Shaklee




Apakah perbezaan Ostematrix shaklee dengan pil kalsium di pasaran ?

Ostematrix shaklee diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membina ketumpatan tulang, kaplet bersaiz kecil dan mudah untuk ditelan.

Kajian menunjukkan kalsium dalam Ostematrix diserap dengan baik selepas pemgambilan dalam tempoh 12 jam yang pertama.



Kehebatan Ostematrix Shaklee :

1. Menguatkan tulang dan gigi.
2. Kurangkan risiko Osteoporosis
3. Atasi masalah kekejangan otot.
4. Bantu tidur lebih lena.
5. Atasi lenguh dan sakit badan dan sendi.
6. Bantu kurangkan migrain dan sakit kepala.
7. Menigkatkan penyerapan nutrien.
8. Ringankan simptom PMS.
9. Bantu imbangi tekanan/ stress.
10. Bantu kurangkan gastrik.
11. Membantu sembelit.


Siapa yang perlukan kalsium?

1. Penggemar kopi
Kafein boleh mengurangkan penyerapan kalsium. Apabila pengambilan meningkat, lebih banyak  kalsium akan disingkirkan melalui air kencing dan menyebabkan jisim tulang yang lebih rendah.

2. Kurang kalsium dalam pemakanan
Jika pemakanan harian anda tidak mengandungi kalsium yang mencukupi , tubuh anda akan mengambil kalsium dari tulang anda untuk memastikan fungsi sel yang normal. Ini boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh  atau osteoporosis.

3.  Ibu hamil
Bayi anda sedang membina tulang dan giginya dan sumber kalsium serta nutrien pembina tulang datang daripada ibu. Sekiranya badan ibu kekurangan nutrien-nutrien ini, ia akan  diserap dari tulang anda dan meningkatkan risiko untuk anda menghidapi osteoporosis.

4. Ibu menyusu
Semasa tempoh penyusuan , si ibu mungkin kehilangan kepadatan tulang untuk menampung peningkatan permintaan kalsium dan nutrien pembina tulang yang lain untuk menyokong pertumbuhan bayi.

5. Individu yang aktif
Aktiviti fizikal bermanfaat untuk meningkatkan  kepadatan tulang. Walau bagaimanapun,  setiap  pergerakan otot memerlukan mineral seperti kalsium dan magnesium, Tahap nutrien yang rendah dalam darah anda akan meyebabkan badan anda menggunakan simpanan dalam tulang.

6. Penggemar minuman berkarbonat
Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi asid fosforik yang boleh meningkatkan penyingkiran kalsium melalui aiir kencing, terutamanya jika pengambilan kalsium adalah rendah. Dan hampir semua  minuman bergas kekurangan kalsium.

7. Peggemar makanan masin
Pemakanan yang tinggi dengan garam boleh meyebabkan kehilangan kalsium dan penguraian tulang. Kajian  telah mendapati bahawa wanita menopause yang mempunyai diet yang tinggi dengan garam kehilangan  lebih banyak mineral tulang berbanding dengan wanita yang sebaya usia.

8. Perokok
Kajian telah menunjukkan hubungan langsung antara penggunaan tembakau dengna kepadatan tulang yang rendah. Perokok juga berisiko mengalami patah tulang.

9. Warga emas
Apabila usia semakin meningkat, kadar pembentukan tulang anda adalah lebih perlahan berbanding semasa muda. Lebih banyak tulang yang musnah berbanding tulang yang dibina, meningkatkan risiko tulang yang rapuh, patah dan osteoporosis.

10. Wanita monopos
Tahap estrogen yang rendah selepas menopause juga menyebabkan kadar pembentukan tulang yang lebih rendah dan rapuh.


Keperluan kalsium seharian kita ialah 1,000 MG:

BERSAMAAN

4 biji ostematrix  atau 4 gelas susu atau 320 biji kacang almond



Testimoni ostematrix




DAPATKAN SEKARANG !!!!

Pengedar Sah Shaklee Subang, Selangor

AISHAH
πŸ“ž : 0177807042
πŸ“¨ : ct.aishahnordin12@gmail.com
insta : aishahhealthbeauty
Fb : Siti Aishah Nordin


Sunday, July 19, 2020

Set Bersalin Shaklee

Hai semua.. Ok kita jumpa lagiiiπŸ˜ƒ

Harini aishah excited rasa nak share dengan semua macam mana aishah boleh kenal shaklee ni.. Ada yang belum kenal ape itu shaklee?
Pada yang belum kenal tidak apa.. nanti aishah buat entry tentang apa itu shaklee ok..😍

Ok aishah teruskan ya macam mana aishah boleh kenal dengan shaklee ni..Aishah start mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan alhamdulillah pada tahun 2018 lahirla seorang hero permata hati ibu. 😍 Sewaktu mengandungkan anak first ni aishah lambat kenal shaklee. 

Pada satu hari bila dah nak dekat due mestilah kita dah start google kan set apa nak makan bila dah beranak nanti.. So bila search tu banyak jugala set bersalin yang ada...So aishah tertarik dengan set shaklee ni bila review orang semua memberangsangkan and yang penting set ini x memerlukan aishah untuk makan jamu serbuk..hahahπŸ˜‚ Lagipun sebelum kahwin pun ada kawan-kawan yang memang consume shaklee ni. So rasa yakin tu lebihla.

So aishah ambil satu SET BERSALIN SHAKLEE yang mengandungi:
- Vita-Lea Iron Plus
- Omega Guard
- Vitamin C
- Alfafa Complex
- Esp Protein
- Ostematrix
- B-Complex

So aishah start consume set ni bila lahir je anak aishah yang pertama.Set ini sangat-sangat membantu bila kita dah bersalin ya. Anak aishah kena jaundice tau so awal tu tidak boleh makan alfafa lagi sebab takut kuning makin naik. So lepas je kuning anak dah stabil aishah terus consume Alfafa. Memang ketara rasa badan ni . Rasa tidak penat, lesu, letih.. Rasa segar je.

Bila dah ada anak ni semua rasa tidak sempat kan.. so dekat sinila aishah rasa ESP Protein ni sangat-sangat membantu bila aishah tidak sempat nak makan. Bila aishah minum ESP ni , aishah akan rasa kenyang yang lama  dan ESP senang nk bancuh. Badan pun rasa best dan perut tidak lapar lagi. Lagila waktu berpantang kita tidak boleh lapar.

Ok, sewaktu berpantang kan banyak makanan yang kita tidak boleh makankn..so dengan pengambilan Vita-Lea Iron Plus ni dapatla memenuhi segala vitamin dan nutrien yang badan kita perlukan. Lagipun xsemua makanan yang kita makan kita dapat penyerapan yang bagus untuk serap vitamin dan nutrisi yang badan kita perlukan.


Ostematrix ni sangat-sangat penting untuk wanita. Sebab apa aishah cakap macam tu..Sebab Ostematrix ni adalah calcium yang badan kita perlukan. Wanita yang menyusukan anak memerlukan calcium yang lebih dari wanita tidak menyusukan anak. So sangat-sangat penting Ostematrix ni pada aishah sebab aishah ni malas sangat nak minum susu..haha..so siapa yang sama macam aishah boleh la ambil Ostematrix ni.πŸ˜„ Yang best juga, bila makan Ostematrix dapat tidur yang lenaaa...yahoo...tapi xlena sangat la sebab anak nak susu kan..hahha

Omega Guard ni pula sangat penting untuk tumbesaran otak bayi dan juga penting utntuk sendi- sendi kita ni. Makin lama makin tua, pelincir untuk setiap sendi- sendi kita ni makin berkurangan. So dari sini la dia akan topup balik pelincir-pelincir sendi kita.

Vitamin C ni sangat-sangat membantu untuk sembuhkan luka taw. Aishah sewaktu lahirkan anak yang pertama  luka jahitan terbuka. Aduh sakit jgn cakapla..So dekat sini Vitamin C sangat-sangatla penting.

B-Complex ni pula sangat-sangat membantu untuk mengawal stress. Pernh dengarkan orang berpantang tidak boleh stress nanti boleh meroyan.. Haa dekat sini la B-Complex ni sangat-sangat membantu. Selain itu, B-Complex memberi tenaga untuk aishah.

Kesimpulannya, set bersalin shaklee ni sangat- sangat la recommende ok untuk para ibu yang sedang mencari set bersalin apa yang bagus untuk di amalkan.πŸ˜ƒ

Nanti pada entry akan datang aishah akan share kan pada semua setiap satu vitamin dia atas beserta fungsi dan kesan nya kepada diri kita ya.😍😍




DAPATKAN SEKARANG !!!!

Pengedar Sah Shaklee Subang, Selangor

AISHAH
πŸ“ž : 0177807042
http://www.wasap.my/60177807042/shaklee
πŸ“¨ : ct.aishahnordin12@gmail.com
insta : aishahhealthbeauty
Fb : Siti Aishah Nordin