Thursday, February 9, 2023

Amalkan Gaya Hidup Sihat Dengan Intermittent Fasting

Assalamualaikum. Hai semua apa kabar? Lama dah kan Kak Chah tak bersiaran. 

Kali ni Kak Chah nak berkongsi dengan semua mengenai Intermittent Fasting atau pun nama glamor IF.  Mesti ramai yang dah dengar tentang IF ni kan. Boleh dikatakan antara cara yang sangat popular sekarang untuk berdiet secara sihat. 


Secara umumnya dan senang faham secara ringkas, IF ni adalah gabungan diantara masa kita perlu berpuasa dan masa untuk kita makan. Masa berpuasa pula adalah lebih lama dari masa untuk makan.

Berapa Window yang ada dalam Intermittent Fasting?



1) Fasting Window

Fasting window ni adalah waktu dimana kita kena berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam dan keatas. Selalunya beginner akan bermula dengan 12 jam dahulu. 

Apabila mereka sudah sesuaikan diri, sedikit demi sedikit mereka akan naik kan masa berpuasa kepada 14 jam, 16 jam, 18 jam dan 20 jam. 

Di dalam waktu berpuasa ni kita masih lagi boleh minum air seperti air kosong, teh kosong, kopi kosong. Semuanya tanpa gula, susu dan krimer. 

Hanya minum sahaja dibenarkan tanpa makan.

2) Eating Window

Eating window ni adalah waktu dimana kita dibenarkan untuk makan.  Haaa mesti semua tak sabar nak tunggu eating window ni kan. Hehehek. 

Walaupun dah masuk waktu makan bukan bermaksud kita boleh makan semuanya sesuka hati. Tidak. Sewaktu dalam eating window ni kita kena kawal juga pemakanan yang kita ambil. 

Pengambilan gula adalah dilarang sama sekali kerana boleh meningkatkan jumlah insulin dalam badan. Tapi bukan bermaksud tak boleh langsung tapi dalam jumlah yang sikit dan terkawal. 

Sewaktu eating window ni kita kena amalkan pemakanan sihat iaitu suku suku separuh. Suku carbohydrate, suku protein dan separuh sayur dan buah. 

Pengambilan kalori yang kita ambil perlu kita kawal untuk mendapatkan gaya hidup sihat. 

Kenapa Ramai Orang Suka Amalkan Intermittent Fasting?


Kalau kita perasan intermittent fasting ni macam dah menjadi trend yang lebih digemari oleh orang yang ingin diet dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. 

Hal ini kerana intermittent fasting ini sangat senang dilakukan dan ianya tidak membebankan.

Kita masih boleh makan apa yang kita nak makan tapi dengan menjaga kalori intake dan juga mencegah makanan yang tidak sihat.

Sebagai contoh seperti gambar dibawah.


Apa Yang Perlu Dielakkan

1) Process Food

2) Gula

3) Trans Fat

4) Refined Starches

5) Sweetened

6) Beverages

Apa Yang Bagus Diambil

1) Kekacang

2) Tofu

3) Avocado

4) Berries

5) Fish and lean

6) Protein

7) Kekal hydrate 


Kebaikan Intermittent Fasting

Terdapat banyak kebaikan apabila kita melakukan intermittent fasting ni tau. Walaupun pada awalnya niat kita nak diet ataupun nak amalkan gaya hidup sihat, tapi dengan mengamalkan intermittent fasting ni banyak membantu improve kesihatan badan kita. 



Antara kebaikan intermittent fasting : 

1) Meningkatkan metabolisma badan

2) Turun berat badan dan senang untuk mengawal berat badan ideal.

3) Mengurangkan keradangan dalam badan.

4) Dapat mencegah pelbagai penyakit berisiko tinggi seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gaot.

5) Memberi tidur yang lebih lena.

6) Mengurangkan stress.

7) Memberi mood yang lebih tenang dan gembira.

8) Menguragkan jerawat

9) Menurunkan tekanan darah.

10) Mengurangkan gula dalam darah.

11) Meningkatkan kepekaan insulin.

12) Mencegah risiko kanser.

Niat hanya untuk diet dan mengamalkan gaya hidup sihat memberi kita 1001 kebaikan yang lain lagi untuk menyambung kehidupan dengan lebih gembira lagi😍

Ok sampai sini dulu perkongsian Kak Chah mengenai Intermittent Fasting ni. Nantikan perkongsian Kak Chah dalam entry seterusnya ya. Jemput menjengah selalu ke blog Kak Chah ok untuk terus mengikuti semua perkongsian dari Kak Chah.

Ingin mencari artikel yang berinformasi mengenai Intermittent Fasting ini lagi? 

Jom lawati entry daripada Kamilah Ibrahim 👉👉 Intermittent Fasting

#blogmegashaklee

#shakleethrieve2023

#shakleetriumph2023

#aishahdebeauty


Pengedar Sah Shaklee Subang, Selangor

AISHAH
📞 : 0177807042
📨 : ct.aishahnordin12@gmail.com
insta : aishahhealthbeauty
Fb : Siti Aishah Nordin

No comments:

Post a Comment